Tutorial ASNB Online Di Maybank2u | Tips Tambah Pelaburan ASNB Di Maybank2u

Salam semua,

Nampaknya sudah lama kita tidak bersua dengan tutorial baru ni.. So hari ini saya nak kongsi bagaimana cara untuk membuat penambahan pelaburan ASB anda di Maybank2u dengan tanpa beratur di pejabat pos atau kaunter-kaunter bank agen ASB.

Sebelum membuat penambahan pelaburan ASB dalam Maybank2u anda perlu mendaftar terlebih dahulu Akaun ASB anda didalam Sistem online Maybank2u.. Bagaimana kaedahnya.. anda boleh rujuk pada tutorial sebelum ini yang bertajuk "Tutorial ASB Online"

Kita teruskan pada tutorial selanjutnya.

Langkah pertama

> Login terlebih dahulu ke dalam www.maybank2u.com.my

Langkah kedua
> Klik salah satu link Investment seperti dalam rajah diatas

> Seterusnya Klik pada Tab ASNB Unit Trust



> Seterusnya Klik pada Tab ASNB Payment

> Sekiranya anda telah mendaftarkan akaun ASB anda didalam Maybank2u.. anda boleh memilih akaun mana yang ingin digunakan untuk membuat penambahan pelaburan.

> Hanya klik akaun ASB pilihan anda dan klik Continue untuk meneruskan proses



> Satu page aggrement akan dipaparkan dan jangan lupa tandakan tanda setuju anda untuk meneruskan proses tersebut... dan seterusnya klik butang Continue


> langkah seterusnya masukkan jumlah nilai yang ingin ditambah didalam ASB anda yang mana jumlah minimum adalah RM10... seterusnya klik Continue

> Dan langkah terakhir untuk membenarkan pengesahan dibuat.. anda perlu menekan butan Continue sekali lagi bagi pengesahan penambahan pelaburan.

> Jika transaksi telah berjaya status Successful akan dipaparkan pada step terakhir anda.


P/S : Untuk proses penambahan pelaburan ini hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu seperti urusniaga ASNB di pejabat pos atau bank terpilih.. dan ini bermakna transaksi tidak dapat dibuat pada waktu malam atau hari sabtu dan ahad.

*** Peringatan : Pastikan setiap kali membuat transaksi online anda mencetak bukti transaksi anda untuk rujukan pada masa akan datang.

[Selamat Mencuba & Menabunglah untuk hari tua anda]

Category: 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Perlu Anda Baca

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sapa Yang Nak Ikut?