Agak lama benar aku tak buat tutorial dalam blog aku ni dan hari ni aku nak kogsi bersama2 macam mana cara untuk kita menambahkan pelaburan ASB kita tanpa pergi beratur panjang di pejabat Pos atau Bank yang mewakil ASB.
Aplikasi baru yang dibuat di dalam Sistem online Maybank2u mampu menyelesaikan masalah kita. Untuk informasi bersama Sistem online ini berfungsi pada hari bekerja sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang yang mana sama seperti di Pejabat Pos.
Mungkin ada yang tertanya2 bagaimana cara nak lakukan transaksi online ni? takpe jangan risau aku kan berikan sedikit tutorial kepada anda semua untuk memudahkan anda semua membuat transaksi online ni.
Syarat utama untuk menggunakan aplikasi ini adalah anda mesti mempunyai akaun Maybank2u, jika tiada anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Ikuti langkah2 dibawah yang telah aku sediakan untuk kemudahan bersama.
1. Masuk ke dalam http://www.maybank2u.com.my/




5. Tandakan "check box" sebagai pengesahan dan klik butang Next


7. No. akaun ASB anda adalah seperti kedudukan didalam buku pelaburan anda. contoh seperti gambar diatas.


9. Akhir sekali Sekiranya anda berjaya Status akan menunjukan "Successful". untuk contoh diatas status menunjukkan "Unsuccessful" kerana jumlah pelaburan yang dimasukkan adalah RM1. Minimum pelaburan adalah RM10 sama seperti membuat pelaburan menggunakan buku di pejabat pos.
Akhir kata semoga anda semua dapat sedikit panduan untuk melakukan transaksi ini dimana2 sahaja dengan selamat. Sekiranya aku mendapat infomasi terkini berkaitan apa2 sahaja aku akan kongsikan lagi di dalam blog ini.. Wasalam...