Tips Nak Dapat Trafik Banyak...

Sebut je pasal trafik, dah tentu2 semu orang tahu kan. Sekarang ada 2 situasi yang mana ada orang benci trafik & ada orang nak cari trafik yang jam.



Macam aku memang aku suka trafik jam, tapi bukan trafik jam dekat jalan raya, yang tu semua orang benci & tak suka, orang gila je suka trafik jam.

Yang aku maksudkan dekat sini, trafik dalam blog. Semakin ramai orang datang melawat semakin tinggi rating blog korang.



"Guna Chat Box Up Trafik"

korang tengokan dekat atas tu print screen chat box, rata2 pemilik blog semua ada chat box tu. Aku praktikkan chat box ni untuk up trafik aku, memang berjaya kalau betul caranya.

kita kena bijak buat blog walking guna chat box ni. kaaedah yang aku guna adalah aku akan masuk dalam blog2 yang yang dia orang tinggalkan jejak dalam chat box tu dalam tempoh sejam yang lepas.

Contohnya :-kalau aku melawat blog tu jam 4.00 ptg, yang mana ada blogger tinggalkan jejak dalam chat box antara 3.00 - 4.00 petang aku akan masuk dalam blog blogger tu tinggalkan jejak juga.

aku penah buat blog walking yang salah iaitu, aku tak tengok pon tarikh dengan masa last pengunjung dalam chat box tu. sebab kekadang kita tinggalkan jejak dalam blog orang yang dah lama tak buka. so dia orang tak kan lawat kita semula.

tu yang terjadi pada aku bila aku buat blog walking yang salah minggu lepas, hampir 100 blog aku masuk tapi yang kunjung balik dalam blog aku tak sampai 5% je..aku kecewa gila. so sekarang ni sebelum aku buat blog walking, aku akan tengok dulu mana chat box yang terkini.

ok aku tak nak bebel banyak sangat, sbb ramai nanti blogger2 otai dekat luar tu yang kata "alahai poyo mamat ni, macam bagus sangat bagi tip panjang"

Next post aku share tips lagi kalau aku dah berjaya.
Category: 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sapa Yang Nak Ikut?