Melabur dalam ASB secara Loan "Untung @ Rugi ?"

First aku mohon maaf kalau silap info, sbb aku bukan pakar kewangan atau ahli perniagaan, sekadar nak kongsi pengalaman yg sedikit n berkongsi pendapat dekat pakar2 diluar sana.

Persoalan :-

"Untungkah aku bila aku melabur di dalam ASB melalui pinjaman yg ditawarkan oleh pihak Bank"

sekadar nak kongsi, sebelum ni aku pernah invest tapi aku terasa rugi sbb jumlah yg aku bayar dalam tempoh setahun bila dibezakan dengan jumlah pendapatan yg aku dapat dalam ASB setahun lagi banyak yg aku kena bayar dengan bank dari yg aku dapat dalam buku ASB bila dah update setiap awal tahun.

so bagi yg pernah inverst atau ada pengalaman bagaimana cara yg terbaik untuk membuat pelaburan ni.. simpan je sikit2 dalam asb tu sampai kita tua? atau pinjam melalui bank n inverst dalam ASB? 

sila komen n bagi cadangan sikit untuk d kongsi bersama2..


Category: 8 comments

8 comments:

~ ReD ~ said...

hmmm.. tengah berfikir gak pasal tu..

salam singgah;)

zella said...

skrg ni ade jugak member2 ajak wat pinjaman utk invest dlm asb...contohnya mcm pinjaman kat maybank...tp still xsure ok ke x...

mynuffnang said...

ha..betul2 tu..kena kira2 dulu jgn main pinjam je nanti menyesal sbb bila nak batalkan kurang dari 2 tahun kena denda sikit..

flygurl said...

mungkin jugak keuntungan kita akan dapat after beberapa tahun kita invest. kena buat calculation sket. ada mak member dia buat pinjaman utk invest kt asb. skrang ni..bonus yg dia dpt kt asb tu la yg dia byr balik kt bank...

Mr.K said...

bro...apa kata try berbelanja untuk menyimpan duit...program kesetiaan nama dia...

berjimat dengan berbelanja...bukan MLM nie..

mynuffnang said...

kalau mcm tu bagus n bijak.. jgn nanti bila dah dapt untung mata kabur lupa nak byr..hehehe

Firdaus said...

SALAM

bagi pendapat aku ASB LOAN UNTUNG !!!!!!
sebabnya:-
1)kalau tak nak buat mahal2,buat dalam 10ribu-50ribu pun dah cukup..tak payah nak tamak-tamak simpan bayak2,simpan sikit lagi baik daripada TAK MENYIMPAN..
2)aku ada member buat pinjaman ini..tapi selepas 5 tahun,dia STOP AWAL,tapi nak TAHU,dia TETAP DAPAT DUIT..untung jugak..
3) daripada ANDA BELI KERETA mahal2,potong bulanan kereta rm 500 sebulan,minyak lagi,repair,dan duit nak ganti tayar kereta,tol,dan macam2 lagi,lebih baik rm 500 tu,simpan dalam PINJAMAN ASB LOAN.RUGI BELI KERETA MAHAL2..PERCAYALAH CAKAP SAYA!!!!!!!!!
4)Setiap tahun,diam2 anda dapat minimum 7%.. BANK MANA NAK BAGI KITA 7%???setahu saya mana ada bank nak bagi 7%... Untung ke rugi??..jawabla sendiri...

sekarang saya bagi stategi untuk anda melabur dalam loan asb ni..bak kata orang,"buat sesuatu tu kena ada ilmu"...

STRATEGI PERTAMA
kalau balance anda BAWAH RM 2,OOO RIBU,buatlah loan sedikit,potong bulanan bawah rm 400..sebabnya,akan datang,anda akan berkahwin,maka ,akan guna duit lagi,selepas kawin,anda akan beli kereta,dan anda akan ada anak,duit susu anak lagi,anak anda sekolah,dan lain2..jadi,buat yang sedikit sahaja..tempoh 20 tahun TERLALU LAMA..

STATEGI KEDUA
gaji" BERSIH "anda lebih Rm 3,000 ribu..
anda boleh buat pinjaman 100 ribu.. bila anda bergaji besar,jangan ikut nafsu atau ikut cakap kawan,suruh anda beli Kereta mahal2.. rugi..

STATEGI KETIGA( EXTRA STAREGI & TERBAIK )
anda bekerja,dan suami atau isteri bekerja...kalau anda sepakat,anda Rm 500,dan isteri anda Rm 500..
rm 500(suami)+ rm 500= 1,000.. bila dicampurkan dapat simpan rm 1,000
pergi kat bank lihat berapa pinjaman loan asb boleh buat...kalau boleh,buat awal,untung lebih.bila anda nak pencin,kwsp pun anda dapat,duit asb pun anda dapat...jadi usia tua anda bermakna,tak perlu kerja,dan boleh rehat dan beribadat..

bagi Falsafah saya,beli kereta itu rugi,simpan asb untung.
kepada melayu dan bumiputra,nikmatilah anugerah yang Allah SWT bagi ini..hanya melayu dan bumiputra sahaja yang dapat..

pening2 lalat said...

Pinjam asb ok tapi falsafah tu ko,kena beza bro kehendak dgn keperluan klu xda kenderaan mcm mana nak p keja cari rezeki mcm mana nak bayar loan yg pinjam tu,anak bini sakit nak naek buku asb tu macam tikar terterbang zam zam alakazam bawah lah aku ke hospital tlong cpt ckit.....mmg beli kereta bukan aset mcm beli rumar @ tanah p..ikiaq2 kan...

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Perlu Anda Baca

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sapa Yang Nak Ikut?