Berhati2 Kepada Penggunakan Perkhidmatan Maybank2u

Awas satu penipuan terkini dari internet dengan kaedah orang yang tidak bertanggungjawab ini menghantar email secara rambang kepada semua pengguna internet di seluruh negara meminta memasukkan username & password serta TAC kedalam satu website yang direka khusus menyurupai 99% website utama Maybank2u.

Bagi pengguna baru maybank2u tidak mustahil akan tertipu dan terperangkap dengan kaedah licik penipuan ini. dibawah ini dilampirkan printscreen website penipuan yang menyerupai website maybank2u tersebut.

Bagi yang pernah atau telah memasukkan username & password didalam website dibawah ini sila laporkan segera kepada maybank centre untuk menyekat akuan anda sementara waktu bagi mengelakkan semua duit dalam akaun anda menjadi RM0.00...bertindak sebelum terlambah wahai sahabat-sahabat bloggerku..bagi yang perihatin sebarkan info ini kepada rakan2 n keluarga anda.
email akan dihantar kepada anda seperti diatas, meminta anda klik link website yang diberikan untuk melihat kononnya ada satu transaksi mencurigakan dalam akaun anda.


apabila anda klik link tersebut page utama yang akan terpapar adalah seperti diatas, meminta anda masuk ke link berwarna biru diatas untuk pengesahan akaun.

apabila link telah di klik satu page yang menyerupai page utama maybank2u akan terpapar..AWAS page ini adalah page penipuan @ scam bukan page sebenar maybank2u.com.

jika diperhatikan alamat url yang tertera diatas address bukan https://www.maybank2u.com.my/ (ini adalah url sebenar maybank2u.com yang mana ia menggunkan https sebagai security keselamatan capaian sistem online tersebut)


jika anda memasukkan username dan katalaluan kurang dari angka yang sebenar ia akan memaparkan msg ralat seolah2 anda benar2 berada dalam page maybank2u.com yang sebenar. walhal itu adalah page penipuan yang telah direka menyerupai yang sebenar.



selepas itu dia akan meminta TAC dari akaun anda.




apabila anda memasukkan TAC page terakhir yang akan terpapar adalah seperti diatas, mengatakan urusan transaksi anda telah berjaya.

anda kena ingat bahawa username & password anda yang selama ini anda sembunyikan telah anda serahkan kepada pihak tidak bertanggung jawab ini.. dengan hanya beberapa minit akaun akan akan menjadi RM0.00.

AWAS!! waspada apabila anda menerima email yang meragunakan, sila abaikan email tersebut atau delete terus dari inbox anda..

P/S : pihak bank tidak pernah menghantar notis melalui email untuk segala bentuk urusan mengemaskini akaun atau transaksi secara online.

Category: 4 comments

4 comments:

Aidi-Safuan said...

what the fakkk?!!
cam siot jer dunia skarang.xleh blah ar.
macam2 taktik ade.sebijik giler dengan website maybank2u.

tensen gler ngan semua jenayah yang ada sekarang ni.

Anonymous said...

tulah pasal..hati2 bro..time2 gawat ni macam2 orang buat nak dapat segera..kita keje siang malam macam nak mati...orang2 ni senang je g collect dalam akaun kita..sebarkan bro..

kak_ross said...

memang dah tahu dah..sebelom didatangi email macam ni..akak dah pernah baca amaran sebenar dari pihak bank berkenaan..dah beberapa kali juga menerima email palsu macam tu...xyah layan..delete jer terus, lebih selamat..!!!!

Akulah.com said...

berjaga2 dengan url website yang kite kunjung... paham2 la ye

Related Posts with Thumbnails

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sapa Yang Nak Ikut?