Showing posts with label buffered earning. Show all posts
Showing posts with label buffered earning. Show all posts

Blog Ciput Pon Dapat Iklan Ke

Salam semua,

Alhamdulilah syukur.. hari jumaat yang mulia ni.. masih diberikan nikmat menyedut udara yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.

Kita memang disarankan mencari rezeki dimuka bumi ini sebanyak mana yang mungkin untuk digunakan kejalan yang diredhai.. tapi ingat cara dan kaedah mencari rezeki tu kenalah betul ye.

Oklah aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat pada hari jumaat ini dari komuniti pengiklanan yang tidak asing lagi bagi kalangan blogger iaitu nuffnang.

Pasal apa ni tiba-tiba nak cerita pasal nuffnang ni.. sebenarnya banyak sangat aku baca entri luahan blogger yang kata nuffnang berada pada tahun yang takda oongg.. nuffnang dah kurang bagi iklan dan macam-macam lagi keluhan dari luar sana.

Alhamdulilah bagi aku ada atau tak iklan tu kerja perlu diteruskan juga.. tak gitu kawan2.. sebagai contoh macam blog buruk ni.. rata-rata visitor sehari lebih kurang 100 UV sahaja.. tak percaya tengok statistik dekat bawah ni.





Sekarang dah percayakan purata sehari lebih kurang 100 UV je.. ok apa yang aku nak cakap deklat sini.. tak semestinya trafik tinggi sahaja boleh dapat iklan Buffered earning ni.. buktinya dekat bawah ni..

Pagi-pagi tadi sebelum gi kerja dah jadi rutin harian aku nak tengok statistik nuffnang n juga earning nuffnang aku.. walaupun tak sehebat otai dekat luar tu.. tapi sehari boleh dapat RM0.10 sen pon dah ok.. kalau sebulan dan boleh dapat RM3.00 kalau setahun kiralah sendiri.. itu kalau RM0.10 sehari.. kalau lebih dari tu.. lu pikirlah sendiri.




Nilah dia bukti salah satu buffered earning yang aku dapat pagi tadi.. terima kasih nuffnang dan juga syarikat Volkswagen Malaysia sebab pilih blog ni sebagai tempat meletakkan iklan.



** Rasa-rasa kalau aku beli sebiji Golf GTi untuk wife aku ok tak?
Category: 6 comments

Terima Kasih Nuffnang | 2 Buffered Earning Dari Nuffnang


Salam semua,

Lama benar aku tinggalkan blog ni.. bukan aku dah berenti dari berblog tapi sebuk menguruskan blog utama.. eh berapa banyak blog yang aku handle ni?.. dulu banyak sekarang dah tinggal 3 ketul je... hehehe.. mungkin korang kata aku tamak.. apa-apalah korang nak cakapkan.. yang penting nuffnang sentiasa bagi buffered earning dekat aku..

Untuk blog ni.. aku dapat 2 buffered earning yang satu dari maxis dan satu lagi dari celcom.. Buffered earning dari Digi je tak melekat lagi.. hehehe

Terima kasih nuffnang sebab masih sudi bagi dekat blog ni.. bila nak bagi dekat blog yang lain ni.. hehehe..

Ramai yang bising kata tak dapat buffered earning.. dan penyudahnya beralih kepada advertisor lain.. ada yang kata nuffnang pilih kasih.. asik orang yg sama je dapat.. bagi aku nuffnang tak pilih kasih.. sebenarnya pembahagian buffered earning diberikan berdasarkan giliran supaya semua blogger dapat rasa..

Semakin hari semakin ramai blogger yang register dibawah nuffnang.. so untuk mewujudkan keadilan buffered earning diberikan kepada blogger yang baru.. bagi menaikkan semangat untuk berblogging.

P/S : Kalau buffered earning tu dah melekat rajin-rajinlah update blog supaya tinggi trafik ye.... sebab income nuffnang bergantung kepada trafik.. kalau no visitor.. so rugilah nuffnang bafi iklan tu.. betul tak?


Category: 3 comments

Rezeki Murah Dengan 3 Campaign Baru

Salam,

Alhamdulilah dengan beberapa tips yang rakan2 bagi dalam blog mereka akhirnya aku berjaya mendapatkan semula buffered earning aku dah dah lebih sebulan tidor.. hehehe.. aku rasa dia rehat kot.. tengok sekali masuk dah tak henti-henti.. tq nuffnang.




Terbaru 3 campaign lagi aku dapat iaitu dari Polo, 8TV dan Nokia C3... antara blog yang menyumbang campaign ini adalah blog ini sendiri dan satu blog sahabat aku yang sedang giat mengusahankan projek cendawan.


Terima Kasih kepada pihak nuffnang kerana masih memberi kepercayaan kepada blog-blog aku untuk mempromosikan iklan-iklan dari nuffnang.

Buat masa ini aku masih menunggu campaign nuffnang untuk diberikan kepada blog myvitrd yang sudah lama tidak menerima apa-apa campaign.

Category: 0 comments

3 Buffered Earning Dari Astro Masuk Serentak

Salam semua teman-temanku.. siapa sangka berkat kesabaran aku menunggu buffered earning singgah diblog aku akhirnya menjadi kenyataan dengan adanya 3 buffered earning yang masuk serentak hari ini.. alhamdullilah syukur sebab nuffnang masih ingat dekat aku.. mungkin ni rezeki aku untuk bulan oktober ni.

Yang menariknya ketiga-tiga BE tu datangnya dari astro dan telah memilih 3 blog aku untuk diletakkan setiap satu BE tu.

tentu korang nak tahu BE tu datang dari campaign apakan? ok aku maklumkan disini bahawa semua campaign tu datang dari astro sempena memperingati jasa seniman agung Tan Sri P.Ramlee. maklumat lanjut rujuk di blog myvitrd

untuk itu terima kasih daun keladi kepada pihak nuffnang dan astro kerana masih memberi kepercayaan kepada blog-blog aku untuk memaparkan iklan -iklan menarik mereka.

"Buffered earning untuk bulan oktober 2010"


Category: 8 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-28 ( Citibank Clear Card )

"Buffered earning ke-28"

Sebenarnya dah lama aku tak dapat BE (buffered earning) dari nuffnang. Nak dikatakan bulan lepas aku langsung tak dapat 1 pon BE. Alhamdullilah pagi ni bila aku buka je akaun nuffnang aku, tiba-tiba terpandang pada ruangan kolum Pendapatan Terumpuk @ Buffered earning seperti ada satu BE yang aku dapat. Bila aku perhatikan memang ya aku dapat satu kempen dari Citibank Clear card.

Apa lagi senyum jelah aku bila tengok ada BE muncul dah tu terus g buka blog yang aku dapat BE tu.. aku buka blog apa-pasal.. so terpaparlah iklan seperti dekat bawah ni.

"Iklan dari citibank clear card"

Macam biasa setiap kali ada iklan baru yang muncul di blog aku .. sudah pastinya aku nak tahu apa kandungan iklan tu.. so nak tahu aku kliklah pada iklan tu.. terpaparlah website utama iklan citibank clear card ni.

kepada sesiapa yang belum ada kredit card lagi atau bercadang nak apply kredit card citibank ni apa kata korang masuk dalam citibank clear card.. mudah saja syaratnya.. pemohon hendaklah yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM18,000 setahun.

Kalau anda semua rasa layak untuk memohon apa kata klik pada MOHON SEKARANG

Terima kasih aku ucapkan kepada pihak nuffnang sebab sudi memberikan iklan untuk disiarkan di blog apa-pasal.. terima kasih juga kepada citibank clear card... ada iklan bagi lagi.. :-)
Category: 3 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-27 ( Vaseline Contest )

Salam semua, sebenarnya dah lama blog ni tak di update salah satu sebabnya takda idea nak update apa dan lagi satu dah lama tak dapat BE (Buffered Earning) dari nuffnang.
Tapi pagi tadi bila aku check akaun nuffnang, alhamdulillah aku dapat satu BE dari salah satu blog aku kerjdsini. BE tu datangnya dari iklan Vaseline Contest.
Kebetulan wife aku memang menggunakan Vaseline ni untuk pelembab kulit so aku bercadang nak joint contest ni wakil bagi wife aku..
Tq kepada pihak nuffnang kerana beri kepercayaan kepada aku untuk mempromosikan Vaseline Contest ni.
Kepada yang masih berminat nak menyertainya bolehlah menghantar penyertaan sebelum 12.00pm pada 1 oktober 2010
Tagged as : The Most Vibrant Skin
Category: 1 comments

Buffered Earning Pertama Lepas Cash Out Nuffnang

Salam semua, alhamdulilah.. apa yang aku tunggu-tunggu dah sampai pon akhirnya. pagi ni aku check akaun nuffnang aku aku tengok buat pertama kalinya lepas aku cash out income nuffnang minggu lepas aku akhirnya dapat satu buffered earning dari Celcom Xpax.

Buffered earning ni diberikan kepada salah satu blog pelabur aku iaitu apa-pasal. blog ni merupakan blog rakan aku yang mana buat masa sekarang ni aktif dalam biz mengambil gambar. kalau korang nak kawin ke bolehlah contact tn blog apa-pasal tu.


Promosi Terkini Xpax Reload & menang

Celcom merupakan penyumbang terbanyak dalam earning aku.. kekadang datang dari celcom sendiri ataupun Xpax. kalau korang nak tah sebab tulah sampai sekarang aku masih setia dengan talian prepaid celcom Xpax. yang menariknya lagi banyak kita reload lagi banyak bonus kita dapat setiap bulan.

Aku dah melanggan Xpax lebih kurang 8 tahun dari aku start aku pakai handphone tahun 2001. buat masa ni aku belum bercadang nak bertukar kepada service yang lain selagi Xpax masih beri yang terbaik kepada pelanggan macam aku ni.

oklah apa kata kalau korang pelanggan celcom Xpax korang cuba masuk dalam website Xpax ni untuk mengetahui promosi yang terkini dari celcom xpax Xpax - Latest Promotions.


Tagged as : promosi terkini celcom Xpax, Buffered earning dari nuffnang
Category: 2 comments

Buffered Earning Dari Celcom Channel [X]

Salam pagi semua, walaupun dalam kesebokkan aku tak buat apa2 entri seminggu ni nuffnang tetap berbesar hati bagi dekat aku 1 lagi buffered earning dekat blog aku ni.

kalai ni aku dapat iklan dari celcom Channel [X] pagi promosi Free Download Call me tones

kepada kaki-kaki call me tones ni, bolehlah korang download sepuas-puasnya lagu yang korang suka masuk dalam hp korang. nak tahu lebih lanjut boleh korang masuk dalam Free Download Call me tones.

bukan setakat download percuma korang juga berpeluang untuk menang hadiah2 menarik dari channel [X].. so apa lagi masuk dalam channel [X] dan download sepuas-puasnya
Category: 2 comments

Buffered Earning dah bangun dari tido

Salam semua, lama juga aku tak update blog aku ni.. diam2 duduk tak update blog pon nuffnang berbaik hati lagi dengan aku bila hari ni dia sedekahkan aku satu BE yang aku kira dah lama juga tido dalam blog ni.

sebelum2 ni rajin juga iklan ni keluar, tapi lepas aku update survey2 dalam akaun nuffnang, semua BE yang rajin keluar tido pulak.. pagi tadi lepas aku sahur je aku buka akaun nuffnang terus aku buka tengok ada 1 BE yang tengah berjalan dari Astro.. best2 sangat bila dpt BE ni.. dapat jana sikit income.

apa yang penting kalau dapat BE ni mesti rajin tarik trafik @ pengunjung masuk dalam blog baru boleh masyuk. kalau takda trafik tapi Buffered earning berlambak pon takda maknanya.

oklah aku nak siap2 g keje dulu. rajin2lah terjah bloh aku ni ye. wasalam..
Category: 3 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-24 (DIGI & Super GT 4)








Salam Pagi semua, Lama juga aku tak merasa buffered earning dari nuffnang ni, tapi pagi ni aku d kejutkan dengan 4 blog aku mendapat pelbagai buffered earning dari nuffnang, tq nuffnang.

Antara iklan yang menghiasi blog2 aku ada dari Dunia sukan permotoran yang iaitu Dari litar sepang sempena Sukan Super GT4 dan iklan kedua dari DG.

kalau tak silap akulah Digi ni memang penyumbang terbanyak erning aku sepanjang aku joint nuffnang ni.

Antara blog2 yang bertuah mendapat iklan dari nuffnang

http://myvitrd.blogspot.com/ (Iklan Sukan Permotoran Super GT4)
http://myfirst-tutorials.blogspot.com/ (Iklan DIGI)
http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/ (Iklan DIGI)
http://apa-pasal.blogspot.com/ (Iklan DIGI)
Category: 1 comments

Apa Kelebihan Berkongsi Blog Dalam Akaun Nuffnang


Salam Semua, maafkan aku jika apa yang aku nak kongsi bersama dekat sini kurang disukai, dipersetujui atau digemari oleh rakan blogger diluar sana.

Aku hanya ingin berkongsi pengalaman atau apa yang dah aku buat selama aku joint Nuffnang ni.

Apa yang aku nak kongsi bersama disini adalah keistimewaan apabila kita menggabungkan beberapa blog kita untuk 1 akaun nuffnang sahaja. Contoh kita ada 3 blog dan kita hanya register 1 akaun nuffnang.

Itulah kaedah yang aku buat untuk 9 blog yang aku urus termasuk blog rakan2 aku yang malas nak register dalam nuffnang ni.

Apa yang aku tengok disini apabila aku menggabungkan blog2 yang ada ni ke dalam 1 akaun nuffnang, ianya lebih memudahkan blog tersebut mendapat buffered earnig. BETUL KE?

Bagi aku rasanya macam betul ini kerana ada sesetengah blog yang aku manage tu pengunjung harian tak sampai pon 20 pengunjung uniq, tapi still tak putus2 mendapat buffered earning. Tak percaya? takpe aku je yang percaya..hahaha.

Korang perhatikan print screen dekat bawah yang aku dah buat untuk semua blog yang aku manage. kebanyakkan blog tersebut menerima buffered earning.



Statistik kekerapan iklan dipaparkan didalam blog


9 blog yang aku jaga termasuk 4 blog milik aku sendiri



5 dari blog yang sering mendapat buffered earning dari nuffnang.


http://myfirst-tutorials.blogspot.com yang purata tidak sampai 50 pengunjung sehari mendapat buffered earning


http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/ tidak sampai 30 pengunjung sehari mendapat buffered earning


http://apa-pasal.blogspot.com/ blog ini juga hanya 20 pengunjung purata sehari juga mendapat buffered earning tak putus...

So dari pada pandangan aku mungkin apabila kita berkongsi blog lebih mudah mendapatkan buffered earning, itu hanya pandangan peribadi aku. apa pandangan korang yang ada lebih dari 1 blog dalam akaun nuffnang korang.

Adakah korang mengalami situasi sama seperti aku? Komen dibawah ni

Category: 7 comments

Buffered Earning Macam Cendawan Tumbuh


Lama dah blog aku ni senyap dengan menyepi, bukan malas update tapi sebuk mengupdate blog personal aku. Blog ni aku suka juga sebab aku sukalah aku baru je cantikan templete dia.

Aku sebenarnya bersyukur sebab selalunya buffered earning aku dapat sehari 1 campaign tapi ari ni aku check akaun nuffnang aku aku dapat 4 campaign untuk blog2 aku. walaupun bukan satu blog 4 campaign tapi blog ni semua guna 1 akaun nuffnang je.

Senang nak manage, ada lagi 3 blog member aku yang tumpang dalam ni sebab dia orang malas nak manage, aku tolong managekan..ada untung kongsi sama2.. boleh tak gitu tn. manager nuffnang?

dalam berniaga internet ni kena jujur. tak suka tipu2. lagi pon kalau ada earning yang blog kawan2 aku dapat dalam akaun tu ada maklumat detail dia. cukup setahun aku bentanglah keuntungan iklan ni..hehehe

Tapi yang bestnya berkongsi akaun ni, blog2 yang tak aktif pon kekadang dapat juga buffered earning mcm blog member aku ni.. Apa pasal .. pengunjung dia kurang dari 20 orang sehari tapi ada je iklan melekat dalam blog dia. dapat jugalah sepuluh sen dua ari nuffnang.. jadilah boleh buat beli gula2..heheh

oklah blogger2 sekalian, ada info terbaru aku update lagi ye.. jalan dulu..wasalam.....



koleksi campaign terbaru sumbangan nuffnang

Susu terbaik untuk ibu2 mengandung..


Menu baru Fizza hut..jom g serbu fizza hut ari ni...

Category: 0 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-23 (CIMB BANK)


Akhirnya setelah seminggu menyepi tak dapat buffered earning, akhirnya blog
cari kerja aku dapat juga dari CIMB.

Buat permulaan ni aku akn up trafik aku dalam blog ni yang dah jatuh merundum sebulan yang lalu.


Penaja iklan datangnya dari CIMB, kalau korang teringin BID Nokia N900 dengan harga permulaan RM230 klik iklan diatas.

Selamat mencuba, untung2 bulan ni anda dapat pakai HP baru.. layan.......
Category: 1 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-22 (Robin Hood)

Dalam aku tak buat apa2 entri 2 hari dalam blog http://myvitrd.blogspot.com aku ni, dapat juga 1 lagi buffred earning Robin Hood yang menjadikan buffered earning ke-22 aku.. tq kepada pihak nuffnang yang masih tak jemu2 kasi iklan dekat blog aku.

oklah kalau korang terjah blog aku ada ternampak iklan tu ringan2kan lah tangan ye klik. kalau tak klik pon takpe aku tak marah. janji trafik aku up.





layan sama2 akan datang 13 Mei 2010 di pawagam.. jom kita serbu panggung..
Category: 5 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-21 (CURVE)

Last aku dapat buffered earning mingu lepas kalau tak silap 22hb april, minggu ni aku dapat satu lagi, untuk salah satu blog berjaya aku http://myvitrd.blogspot.com.

Sekarang ni merupakan campaign yang ke-21 yang d berikan oleh curve Fashion.

Apa pon tq aku ucapkan kepada syarikat yang sudi mengiklankan sesuatu dalam blog aku.

Tak lupa kepda bapa angkat aku mR. Nuffnang.


campaign yang ke-21
Category: 8 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-20 (HP PSG SATC Me & My City)

Akhirnya apa yang aku tulis dalam blog myvitrd aku semalam menjadi kenyataan, 2 blog aku myvitrd & Projek Cendawan dapat iklan HP ni. Aku dapat lagi Buffered earning yang ke-20.

Kalau korang nak tahu apa aku cerita semalam kau orang masuk dalam link ni sex-and-city-2

Iklan dari Hp (contest Me & My City)


Aku sebenarnya taknak cerita banyak sebenarnya dalam blog aku ni. buat masa ni aku takda apa2 yang aku nak post cerita menarik. ada nanti aku akan share dekat korang dalam blog aburuk aku ni.

ok ...cauuuu
Category: 4 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-19 (IKEA)

Kini Ikea pula telah menyumbangkan iklan dalam blog aku, harap2 iklan ikea ni dapat duduk lama dekat blog buruk aku ni.


ni merupakan campaign yang ke 19 aku dapat sepanjang 6 bulan berblog.


Tq IKEA kasi iklan, nanti aku g shoping sana ye..hehehe

P/S: Seronok setiap hari ada 1 buffered earning masuk..harap2 rezeki ni tak putus..amin
Category: 6 comments

Tips Macam mana nak dapat Buffered Earning

Apa yang aku nak cerita dekat sini adalah kisah aku dengan nuffnang sepanjang aku joint selama 6 bulan ni.

Takda orang yang joint nuffnang ni atas sebab saja2, semua orang joint sebab nak duit..aku ulang sekali lagi DUIT.

Rajin buat kerja ada duit, malas buat kerja duit pon takda. nuffnang bukan syarikat skim piramid atau skim cepat kaya. ia merupakan sykt yang membantu pengiklan menumpangkan iklan mereka di blog2 terpilih sahaja. cerita selanjutnya kau boleh baca disini.

Apa yang aku nak sampaikan disini adalah, apa yang kau nak kejar dalam nuffnang n apa target korang. semua benda yang kita buat mesti ada sasaran @ target. kalau tak serupa kapas kosong yang ditiup angin takda hala tuju. kejab ke atas, kebawah, kiri n kanan.

Dulu mula2 aku register aku target nak dapat campaign berbayar atau buffered earning, tapi tak semudah d sangkakan untuk dapat campaign tu..hampir 3 bulan selepas aku register baru aku dapat iaitu pada awal Jan 2010. itu pon aku tak perasan dapat sebab aku masa tu sebuk dengan kawin, haneymoon n macam2 lagi. kira aku terlepas 2 campaign berbayar ni. hasilnya sepanjang campaign tu berjalan aku hanya dapat 0.09 sen sahaja. huhuhu.

Tapi lama kelamaan setiap minggun ada sahaja campaign yang bertambah dari hari ke hari sehingga pernah paling banyak 23 campaign dalam akaun nuffnang aku....hehehe. alhamdulilah.

kepada blogger2 baru jgn fikirkan sgt pasal nak duit je. first korang tumpukan pada penulisan blog korang yang ada isi n maklumat yang nak d sampaikan tu, pastikan pembaca berminat nak baca.

dari situ korang akan dapat meningkatkan trafik korang. trafik? bendalah apa pulak ni. aku malas nak cerita pasal trafik. semua kau boleh rujuk dalam ni . Panduan tingkatkan trafik.

kalau trafik korang sentiasa tinggi sehari contoh sehari korang leh maintence dapat pengunjung 200 orang, insyaallah peluang untuk dapat Buffered earning dari nuffnang ni cerah.

kalau korang malas, jgn kata buffered earning, campaign CPC pon malas nak keluar dalam blog kau. kalau iklan CPC pon tak keluar memang RM0.00 jelah yang korang akan dapat dalam akaun nuffnang kau.

sebab tu tak hairan ada blogger yang register dengan nuffnang selama 2 tahun tapi income dalam tu RM0.25 je.

Oklah aku rasa aku tak layak nak cerita panjang pasal Target nak dapat Buffered earning ni. apa yang aku cerita d sini sekadar untuk berkongsi pengalaman aku sepanjang joint Nuffnang ni.

Harapan aku kepada blogger2 baru macm aku juga ni, jadikanlah tips ni sebagai permulaan korang nak start berkecimpung dalam dunia Pendapatan Sampingan melalui internet.

" hasil klik aku pada iklan nuffnang"




" campaign yang telah tamat..huhu"


"Campaign yang masih buat duit tanpa klik"
**************************************

Tips Aku Sebelum Aku Nak Tutup PC
**************************************
1. Selalu Buat Post Bermaklumat n mempunyai isi yang hendak d baca
2. Tingkatkan trafik dengan rajin meninggalkan jejak dalam blog rakan2
3. Rajin membuat ping setiap kali membuat post yang baru (guna gengblogger)
4. Rajin2 tinggalkan komen dalam kotak komen @ chat box
5. Ikhlas berblog kerana Allah bukan kerana DUIT.
Category: 8 comments

Income Nuffnang Selama Seminggu (11-17/4/10)

Semalam aku check income aku adalah dalam RM9x.xx. pagi ni pulak aku check kurang 0.06 sen lagi jadi RM100. best betul aku rasa, sbb selama aku joint nuffnang ni, baru sekali aku draw duit tu.

Sekarang ni aku kumpul je sebanyak yang mungkin. hasil ni aku dapat dari klik kawan2, klik aku juga..hehehehe.. n campaign2 dari bufered earning yang dah jadi metered earning.

kalau semua campaign aku dah jadi metered earning,,wauuuuu masyuk.....

oklah aku tak tahu nak post aku..so aku postlah hasil nuffnang aku dalam ni.. oklah enjoy dengan hasil kerja aku selama 6 bulan ni..


Earning yang hampir ke RM100
hasil klik kawan2 n aku juga kalau rajin klik...hahaha
Category: 9 comments

Nuffnang Buffered Earning, Campaign yang ke-18 (TOYOTA VIOS)


Ni campaign aku yang ke-18, aku baru kejab tadi buka netbook n buka akaun nuffnang aku, wah? ada campaign baru lah..seronok rasanya.



aku dah buat kajian selama seminggu, paling tidak sehari sekali aku mesti dapat campaign baru, paling lama pon 2 hari sekali mesti ada 1 campaign yang masuk dalam akaun nuffnang aku.


Toyota Vios penyumbang earning kali ni...

Esok atau lusa aku tak tahu apa lagi yang masuk dalam akaun aku. lebih 20 campaign sekarang tengah berjalan dalam akaun aku..aku kira2 RM yang tengah berjalan lebih RM50...baru sebulan lebih semua campaign2 tu ada dalam akaun aku.

oklah esok ada campaign baru, aku inform n share dekat korang lah ye..kalu tak suka tengok tutup je blog aku, jgn tengok ye.
Category: 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sapa Yang Nak Ikut?