Showing posts with label blog walking. Show all posts
Showing posts with label blog walking. Show all posts

Hasil Blog Walking Aku Semalam

kalau tak nampak klik ye...

Aku sebenarnya taknak bercerita panjang, cuma nak tunjuk sedikit hasil blogwalking aku semalam untuk lebih kurang 200 blog selama 2 jam.

Blog walking ni aku buat dekat opis..bukan aku mengular ye. aku buat blog walking time semua kerja2 aku dah beres n ada mas terluang.

buat pertama kalinya blog aku
http://myvitrd.blogspot.com dapat pengunjung seramai 597 orang.. gila kentang.

aku tahu dari mana datangnya pengunjung2 ni, semua kerana
Adamaya yang aku bagi free untuk d download d blog aku.

tq kepada yang menyumbang trafik pada blog aku ni. layannnn......
Category: 5 comments

Tips Macam mana nak dapat Buffered Earning

Apa yang aku nak cerita dekat sini adalah kisah aku dengan nuffnang sepanjang aku joint selama 6 bulan ni.

Takda orang yang joint nuffnang ni atas sebab saja2, semua orang joint sebab nak duit..aku ulang sekali lagi DUIT.

Rajin buat kerja ada duit, malas buat kerja duit pon takda. nuffnang bukan syarikat skim piramid atau skim cepat kaya. ia merupakan sykt yang membantu pengiklan menumpangkan iklan mereka di blog2 terpilih sahaja. cerita selanjutnya kau boleh baca disini.

Apa yang aku nak sampaikan disini adalah, apa yang kau nak kejar dalam nuffnang n apa target korang. semua benda yang kita buat mesti ada sasaran @ target. kalau tak serupa kapas kosong yang ditiup angin takda hala tuju. kejab ke atas, kebawah, kiri n kanan.

Dulu mula2 aku register aku target nak dapat campaign berbayar atau buffered earning, tapi tak semudah d sangkakan untuk dapat campaign tu..hampir 3 bulan selepas aku register baru aku dapat iaitu pada awal Jan 2010. itu pon aku tak perasan dapat sebab aku masa tu sebuk dengan kawin, haneymoon n macam2 lagi. kira aku terlepas 2 campaign berbayar ni. hasilnya sepanjang campaign tu berjalan aku hanya dapat 0.09 sen sahaja. huhuhu.

Tapi lama kelamaan setiap minggun ada sahaja campaign yang bertambah dari hari ke hari sehingga pernah paling banyak 23 campaign dalam akaun nuffnang aku....hehehe. alhamdulilah.

kepada blogger2 baru jgn fikirkan sgt pasal nak duit je. first korang tumpukan pada penulisan blog korang yang ada isi n maklumat yang nak d sampaikan tu, pastikan pembaca berminat nak baca.

dari situ korang akan dapat meningkatkan trafik korang. trafik? bendalah apa pulak ni. aku malas nak cerita pasal trafik. semua kau boleh rujuk dalam ni . Panduan tingkatkan trafik.

kalau trafik korang sentiasa tinggi sehari contoh sehari korang leh maintence dapat pengunjung 200 orang, insyaallah peluang untuk dapat Buffered earning dari nuffnang ni cerah.

kalau korang malas, jgn kata buffered earning, campaign CPC pon malas nak keluar dalam blog kau. kalau iklan CPC pon tak keluar memang RM0.00 jelah yang korang akan dapat dalam akaun nuffnang kau.

sebab tu tak hairan ada blogger yang register dengan nuffnang selama 2 tahun tapi income dalam tu RM0.25 je.

Oklah aku rasa aku tak layak nak cerita panjang pasal Target nak dapat Buffered earning ni. apa yang aku cerita d sini sekadar untuk berkongsi pengalaman aku sepanjang joint Nuffnang ni.

Harapan aku kepada blogger2 baru macm aku juga ni, jadikanlah tips ni sebagai permulaan korang nak start berkecimpung dalam dunia Pendapatan Sampingan melalui internet.

" hasil klik aku pada iklan nuffnang"




" campaign yang telah tamat..huhu"


"Campaign yang masih buat duit tanpa klik"
**************************************

Tips Aku Sebelum Aku Nak Tutup PC
**************************************
1. Selalu Buat Post Bermaklumat n mempunyai isi yang hendak d baca
2. Tingkatkan trafik dengan rajin meninggalkan jejak dalam blog rakan2
3. Rajin membuat ping setiap kali membuat post yang baru (guna gengblogger)
4. Rajin2 tinggalkan komen dalam kotak komen @ chat box
5. Ikhlas berblog kerana Allah bukan kerana DUIT.
Category: 8 comments

Akibat aku tak buat apa2 Post ari ni...huhuhu

Aku malas nak cerita panjang dekat sini sbb sedih, tengok trafik aku yang jaduh merundum macam saham.

huhuhu..korang tengok statistik dekat bawah je. korang dah faham apa yang aku rasa. ni semua berpunca dari aku yg langsung semalam tak buat apa2 dkt blog aku.

blog walking takbuat, post baru tak buat. n mcm2 lagi. semalam 15/4/10 pengunjung yangaku dapat cuma 16 berbanding 59 hari sebelumnya..

esok aku cuba buat posting n wat blog walking pulak. kita tengok sama2 apa hasilnya.

statistik yang mengecewakan..huhu

beza 43 pengunjung darii hari yang sebelumnya..
Category: 0 comments

Tips Nak Dapat Trafik Banyak...

Sebut je pasal trafik, dah tentu2 semu orang tahu kan. Sekarang ada 2 situasi yang mana ada orang benci trafik & ada orang nak cari trafik yang jam.



Macam aku memang aku suka trafik jam, tapi bukan trafik jam dekat jalan raya, yang tu semua orang benci & tak suka, orang gila je suka trafik jam.

Yang aku maksudkan dekat sini, trafik dalam blog. Semakin ramai orang datang melawat semakin tinggi rating blog korang.



"Guna Chat Box Up Trafik"

korang tengokan dekat atas tu print screen chat box, rata2 pemilik blog semua ada chat box tu. Aku praktikkan chat box ni untuk up trafik aku, memang berjaya kalau betul caranya.

kita kena bijak buat blog walking guna chat box ni. kaaedah yang aku guna adalah aku akan masuk dalam blog2 yang yang dia orang tinggalkan jejak dalam chat box tu dalam tempoh sejam yang lepas.

Contohnya :-kalau aku melawat blog tu jam 4.00 ptg, yang mana ada blogger tinggalkan jejak dalam chat box antara 3.00 - 4.00 petang aku akan masuk dalam blog blogger tu tinggalkan jejak juga.

aku penah buat blog walking yang salah iaitu, aku tak tengok pon tarikh dengan masa last pengunjung dalam chat box tu. sebab kekadang kita tinggalkan jejak dalam blog orang yang dah lama tak buka. so dia orang tak kan lawat kita semula.

tu yang terjadi pada aku bila aku buat blog walking yang salah minggu lepas, hampir 100 blog aku masuk tapi yang kunjung balik dalam blog aku tak sampai 5% je..aku kecewa gila. so sekarang ni sebelum aku buat blog walking, aku akan tengok dulu mana chat box yang terkini.

ok aku tak nak bebel banyak sangat, sbb ramai nanti blogger2 otai dekat luar tu yang kata "alahai poyo mamat ni, macam bagus sangat bagi tip panjang"

Next post aku share tips lagi kalau aku dah berjaya.
Category: 3 comments

Aku dah Berhenti Klik Iklan NUFFNANG!!!!!

kalau korang nak tahu aku dah lama berenti klik iklan nuffnang dalam blog aku, walaupun aku dapat banyak iklan setiap hari di penjuru, atas n tengah blog aku.

KENAPA?........KENAPA?.......... KENAPA?..........BODOH ke aku?

bagi yang tak faham mesti kata aku bodoh, sebab ramai dekat luar sana yang nak klik iklan nuffnang, aku pulak senang2 je buat tak tahu je..malah aku tengok je iklan tu berlegar2 dalam blog aku.

sabar....sabar...sabar....jgn cepat mengelabah, kalau korang nak ikut macam aku boleh, tapi ada SYARATNYA...

1) kasi KFC dinnner plate dekat aku..hahahaha..jgn marah gurau je.

2) korang kena ada campaign atau ada buffered earning dalam akaun nuffnang kau baru boleh buat macam aku. kalau tak aku nasihatkan jgn bro..rugi je..baik teruskan klik..hahaha

3) banyak pengunjung unik dalam blog kau sehari sekurang2nya 150 sehari.

kalau kau dah memenuhi 3 syarat tu kecuali syarat pertama..korang boleh ikut mcm aku..tak klik pon duit masuk MASYUkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

ok. aku cau dulu aku ada urusan dengan tuhan..cau...
Category: 0 comments

BLOG WALKING KERJA BODOH!!!!! AKU ULANG KEJE BODOH!!!!

Bunyi macam marah je, yelah sapa yang tak marah sehari aku wat keje blog walking tapi hasilnya mengecewakan.

aku pon tak tahu apa silapnya. blog yang aku terjah tu, tn dia tidor dari pagi ke @ pc rosak ke, entah aku pon tak tahu.

aku rasa arini je lebih 50 blog aku terjah sambil tinggalkan jejak dalam tu. tapi sampai sekarang aku ada pengunjung unik 20 orang je..huhu..pelik.

aku rasa arini aku buat kerja sia2 ngan kerja bodoh je terjah blog2 yang tidor ni..aku bosan buat keje2 mcam ni..tidakkkkkkkkkkkkkkkkk..



statistik yang mengecewakan


syukur ada juga 20 unik

aku tak kisah kalau korang nak kata aku tamak ke, buat blog semata2 nak kejar earning ke, aku peduli apa. bukan korang yang kasi makan aku dengan bini aku..

emm..keras nampak bunyi dekat atas tu..hahaaha..aku saja je nak kasi panas dalam ni. sekurangnya kalau kau baca sampai abis post aku ni, aku ucapkan terima kasih banyk2. sebab kau dah menyumbang 1 pengunjung unik dekat aku..hehehe..

tq pembaca postku yang kali ini.. oklah aku nak tido tengok hasil esok macam mana..nite semua blogger.
Category: 25 comments

Apa dah Jadi Bila Aku Wat BlogWalking?

Korang tengok statistik aku jam 11.oo pagi tu aku tak pernah dapat seramai tu pengunjung unik dalam blog aku dalam satu 1 jam.

dulu aku selalu dengar blog walking, atau jalan2 dalam blog rakan2. betulke translate dia tu..hahaha..pedulilah.

sekarang bila aku buat sendiri blog walking pada jam 10.00 pagi keputusan dia aku dapat tengok sejam selepas tu iaitu jam 11.oo pagi.




Dalam masa sejam 32 pengunjung unik yang terjah blog aku. ooooo..tidak..macam tak percaya.. bayangkan kalau 10 jam ada pengunjung macam tu tak ke dapat 300 pengunjung unik dalam blog korang.

apa yang aku buat ni hanya satu ujian je. esok aku nak test lagi yang mana aku nak buat setiap 2 jam aku nak buat blog walking. aku nak tengok apa hasilnya..kalau berjaya aku tunjuk esok dekat korang..

ok tunggu hasilnya esok. aku nak g wat blog walking dulu.. maklum jelah dalam blog aku ni ada campaign tengah berjalan so kena rajin2 sikit up trafik..

cau..ci cau..
Category: 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sapa Yang Nak Ikut?