ASB Online di Maybank2u, Anda Tahu?

Assalamualaikum semua & salam sejahtera, berjumpa lagi kita semua di bahagian tutorial aku ni.

Agak lama benar aku tak buat tutorial dalam blog aku ni dan hari ni aku nak kogsi bersama2 macam mana cara untuk kita menambahkan pelaburan ASB kita tanpa pergi beratur panjang di pejabat Pos atau Bank yang mewakil ASB.

Aplikasi baru yang dibuat di dalam Sistem online
Maybank2u mampu menyelesaikan masalah kita. Untuk informasi bersama Sistem online ini berfungsi pada hari bekerja sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang yang mana sama seperti di Pejabat Pos.

Mungkin ada yang tertanya2 bagaimana cara nak lakukan transaksi online ni? takpe jangan risau aku kan berikan sedikit tutorial kepada anda semua untuk memudahkan anda semua membuat transaksi online ni.

Syarat utama untuk menggunakan aplikasi ini adalah anda mesti mempunyai akaun Maybank2u, jika tiada anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Ikuti langkah2 dibawah yang telah aku sediakan untuk kemudahan bersama.

1. Masuk ke dalam
http://www.maybank2u.com.my/

2. Macam biasa masukkan Username & Password (yang ni sendiri punya .... rahsia tau..)


3. Pilih pada bahagian Investment


4. Klik pada ASNB Unit Trust Additional Purchase



5. Tandakan "check box" sebagai pengesahan dan klik butang
Next


6. Dapatkan TAC Number dan isi maklumat yang diminta seperti jumlah tambahan pelaburan, no.akaun ASB anda dan Pilih Jenis pelaburan anda (Pilih Amanah Saham Bumiputera). Seterusnya klik butang Continue



7. No. akaun ASB anda adalah seperti kedudukan didalam buku pelaburan anda. contoh seperti gambar diatas.

8. Masukkan TAC anda yang telah dihantar ke Handphone anda. Klik Confirm




9. Akhir sekali Sekiranya anda berjaya Status akan menunjukan "Successful". untuk contoh diatas status menunjukkan "Unsuccessful" kerana jumlah pelaburan yang dimasukkan adalah RM1. Minimum pelaburan adalah RM10 sama seperti membuat pelaburan menggunakan buku di pejabat pos.

Akhir kata semoga anda semua dapat sedikit panduan untuk melakukan transaksi ini dimana2 sahaja dengan selamat. Sekiranya aku mendapat infomasi terkini berkaitan apa2 sahaja aku akan kongsikan lagi di dalam blog ini.. Wasalam...
Category: 12 comments

Iklan fundsupermart mengamuk disemua akaun nuffnang

Kalau ada sesiapa yang perasan, hari ni satu iklan dari Funsupermart telah mengamuk disemua blog-blog yang mempunyai iklan nuffnang.

Perasan tak? kalau tak perasan cuba korang semua buka blog masing2 tengok sekurang2 ada 1 @ 2 iklan keluar serentak, untung badan 3 sekali keluar macam aku punya blog baru dekat bawah ni.


Blog baru lahir 3 iklan sekali mengamuk
Terjah dalam http://jangancubateka.blogspot.com

Aku dah masuk dalam website utama Funsepermart ni, tapi kurang faham apa produk yang dia orang jual atau service yang dia orang nak bagi. tapi dari mata kasar aku aku rasa ni website baru yang membolehkan korang melabur dalam bentuk unit trust.

kalau ada yang boleh terangkan atau faham korang komen sikit dalam blog aku ni. kita kongsi ramai2.

Aku rasa iklan ni sampai petang melekat dekat blog korang.. harap2 masyuklah yang dia orang bayar dekat pelabur2 nuffnang ni..
Category: 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Jana Pendapatan Melalui Paypal -- Daftar Sekarang!!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sapa Yang Nak Ikut?